Pengecualian daripada hukum Mendel Genetik

Kesan Poligen/Aditif

Sesetengah ciri individu ditentukan oleh kesan gabungan beberapa gen. Ini dikenali sebagai ciri poligenik atau selanjar. Salah satu ciri poligenik ialah warna kulit dimana warna kulit seseorang adalah hasil dan interaksi beberapa gen yang mengkodkan warna kulit.

Kodominan

Bunga azalea merah jambu dan putih; contoh pewarisan kodominan

Bagi sesetengah ciri, dua alel boleh disifatkan sebagai kodominan. Ini bermakna kedua-dua alel diekspreskan dalam individu heterozigus, contohnya, orang yang memiliki darah jenis AB dalam sistem darah ABO. Bila darah dianalisis, inidividu berdarah AB mempunyai sifat kedua-dua darah A dan B. Fenotipnya bukan perantaraan darah A dan darah B.

Pengekspresan perantaraan/dominan tidak lengkap

Fenotip campuran boleh hadir apabila terdapat alel separa lengkap menghasilkan ciri perantaraan dalam individu heterozigus. Bunga primrose heterozigus yang berwarna merah jambu merupakan hasil induk bunga merah dan putih.

Penetrans tidak lengkap

Gen yang tidak penetran sepenuhnya tidak diekspreskan tanpa kehadiran faktor luaran tertentu. Contohnya, seseorang individu yang sihat boleh memiliki gen yang bertanggungjawab untuk penyakit diabetes jenis 2 jika permakanannya dijaga. Gen yang menyebabkan sklerosis berganda (multiple sclerosis) tidak aktif tanpa jangkitan virus Epstein-Barr.

Pleiotropi

Satu gen boleh menyebabkan lebih daripada satu jenis penyakit. Ini dinamakan fenomena pleiotropi. Penyakit anemia sel sabit melibatkan pewarisan satu jenis gen yang boleh mencetuskan pelbagai masalah kepada jantung, hati, buah pinggang, dan mata disebabkan pembentukan sel darah merah yang abnormal.